Saturday, November 14, 2009

Personal : Exam tanpa study week..

uka nakudnirem yduts keew gany halet gnalih adap nuhat ini..uhuh isatserp nurut teks..
uka kan aynat gnarok hamap kat apa gnay uka pakac?

eheh

Saturday, October 31, 2009

Personal : Cerita Lucu Budak-budak Civil sem ni..

Alhamdulillah..dah nak abis sem rupenye..sedar tak sedar dah 3 sem aku ngan budak-budak civil ada kat sini..Ye la dari foundation pastu dah beralih ke peringkat ijazah muda..Rasa bangga ada kerana kini bergelar mahasiswa..walaupun menempuhi jalan yang berliku sebagai budak undergrad, aku tengok budak budak civil ok jer, malah ada yang menunjukkan peningkatan..Syabas kepada anda..

Kat sini ak nak kongsi cerita-cerita lucu yang berlaku sem ni kepada budak civil..

1. Ada sorang kawan aku ni (nama dirahsiakan) aku baru perasan yang sume rumetnye dari foundation adalah orang yang kalau perempuan, orang kata 'datang bulan'. Asal hujung sem jer tertekan..haha..diaorang tak boleh dijangka seperti kita menjangka hujan turun..Tapi apapun diaorang ni baik dan pembersih..kalau ak pi, eh silap gi bilik diaorang mesti kemas walaupun tak menang anugerah MAKK..haha..tak boleh challange bilik aku..hehe..

2. Semester ini jugak diserikan dengan kehadiran budak-budak civil baru..Tahniah diucapkan kepada mereka sume kerana berjaya mendapatkan tempat di UTP..kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan..kehadiran anda memeriahkan keluarga civil first year first semester..berbalik kepada cerita lucu yang berlaku, ada sorang kawan aku ni (nama tak boleh cerita) yang angin dengan sorang lecturer kelas drawing..Lepas kelas jer dia terus maki lecturer depan kawan-kawan lain..nak dijadikan cerita, lecturer ni pun lalulah di belakang dia..aku perasan benda ni..nak bagitau, tp....dia tak nak berenti cakap..abiss ar..Lecturer tu pandang jer muka dia..kawan ak ni cuak gler..muka pun jadik merah..haha..tu la nak kutuk orang pun tengok la line clear ke tak..ironinya kawan aku ni antara budak civil yang dapat markah tinggi dalam assignment 2..Teka sape? Haha

3. Kawan aku yang sorang ni walaupun takde masalah dengan group budak civil, tapi nampak lebih suke sendiri2..haha..pepatah melayu ada sebut..diam2 ubi berisi..tapi kawan aku ni tak berisi..bab kata azfar kuruih kering..semester ni menyaksikan kawan kau ni mula cintan cintun..ramai budak civil yang tak tahu benda ni..haha aku antara orang yang beruntung kerana dapat tau benda ni..

4. Ada sorang kawan aku ni, waktu kelas AW sume orang undi dia tulis kat depan..dengan muka yang bercover, dia pun pergi tulis kat depan..Nak dijadikan cerita waktu dia tulis tu banyak la kesalahan ejaan..tulis padam, tulis padam..nak tergelak jugak tengok die..haha trauma tulis kat depan disebabkan cuak dengan tulisan sendiri..sendiri mau pikirlah siapa tuan empunya badan..

5. Kalau dalam group budak civil dialah antara orang yang paling kuat tdo..orang panggil dia hantu(bukan melayu)..bayangkan dia boleh tdo sampai 3 petang..bukan calang-calang orang boleh tdo..kalau aku, tak bloeh tdo lebih dari kul 10, pening nyer pasal..haha..tapi sem ni lebih baik sket dari sem lepas..haha

6. Dia ni ada kereta, dan tiap2 minggu dengan kerta tu lah dia balik..haha..ada satu minggu tu dia tak balik..pelik sungguh..Dek kerana tak balik tu dia jadi tak tentu arah and lastly tau aper yang dia buat..haha..ikut sorang kawan aku yang lagi satu ni pegi tampal poster sempena pilihan ray MPP..haha..

7. Kawan aku ni plet keta dia ECB !41!(bukan plet sebenar) kalau bab ponteng kelas berduet dengan rumetnyer..Aiseh dalam nasyid pun nyanyi sekali, ponteng pun nak skali jugak..Cuak ble AW tak cukup peratus kehadiran..Nasib baik lecturer baik..Tu la ponteng lagi..haha

8.Ada sorang budak civil ni uish dah ader pakwe rupenyer..dia ni pandai matematik dan ada skali tu aku teserempak dengan dia dan pakwe dia sewaktu jaga gerai YEC kat konvo ari tu.. Waktu tu takde orang tahu lagi..aku ngan ayie jer tau..melepas la ayie..haha

9.Cerita aku sendiri, ramai yang tak tahu..baru2 ni aku rushing nak pergi jumpa Mr kalai..dalam perjalanan berlakulah kemalangan..yang sedihnya aku melanggar seekor monyet dan monyet tu pun...lepas dari tu aku pun tak berani nak bawak laju-laju kat jalan tu..ngeri kot..haha

Thursday, October 22, 2009

Agama: Keajaiban Allah..


Walaupun Rusia terkenal dengan fahaman komunisnya suatu ketika dahulu dan masih mempunyai sedikit pengaruh pada masa sekarang, umat Islam di sana semakin hari semakin bertambah bilangannya. Namun satu kejadian yang menarik minat saya ialah mengenai seorang budak kecil yang bernama Ali. Ali yang berasal dari daerah Kizlyar di wilayah Dagestan, dilahirkan denganmasalah jantung dan otak namun beransur pulih setelah ayat-ayat Al-Quran muncul di beberapa bahagian badannya. Kejadian aneh yang berlaku setiap Isnin dan Jumaat itu telah menarik perhatian mufti di Rusia untuk mengajak umat islam di sana dan seluruh dunia amnya supaya bermuhasabah terhadap amalan yang dilakukan kerana ada antara ayat-ayat suci tersebut yang mengingatkan tentang amaran kepada kita. Ayat tersebut bersilih ganti, dan setiap kali perkara tersebut berlaku, Ali akan mengalami demam yang tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan. Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada."

Sesungguhnya wajarlah kita mengambil pengajaran daripada perkara tersebut.
Wallahualam...

Sumber dipetik daripada akhar Kosmo edisi online.

Agama : Apabila sejadah berdiri..


Sejak akhir2 ni banyak kita dengar mengenai sejadah berdir di masjid, dan rumah. Kes pertama yang mula2 diperkatakan adalah di Masjid Kristal di Terengganu. Kedua di Pasir Mas, apabila seorang lelaki menyedari sejadah di rumahnya berdiri. Namun sejadah tersebut kembali kepada keaadan biasa setelah disentuh oleh pengunjung yang datang melihat. Kejadian ketiga adalah di Perlis(kalau tak silap),apabila sepasang suami isteri berselisih faham mengenai arah kiblat rumah mereka yang berbeza dengan arah kiblat masjid. Kejadian seterusnya berlaku di Pasir Mas juga di Kelantan.

Kejadian terbaru berlaku di Rantau Panjang kelmarin turut berlaku di beberapa negeri antaranya di Kedah, Perlis dan beberapa tempat di Negeri Kelantan. Perkara ini menimbulkan persoalan apakah ada mesej yang ingin disampaikan di sebalik kejadiah aneh yang berlaku..Kita pernah mendengar kejadian ini berlaku di Arab Saudi suatu masa dahulu dan kini perkara tersebut berlaku di depan mata kita sendiri. Namun begitu, para ulama menasihatkan bahawa kita jangan membuat andaian sendiri dan mereka menyimpulkan perkara ini sebagai perbuatan kanak-kanak nakal(dipetik dari akhbar Kosmo online). Saya tidak mahu mengeluarkan komen mengenai perkara ini kerana hanya Allah mengetahui maksud di sebalik setiap kejadian berlaku.

Sebagai umat Islam kita sepatutnya mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku. Saya suka mengingatkan diri saya dan kawan2 yang lain agar meningkatkan amal ibadat kita agar diredhai oleh Allah.

Wallahualam..

Tuesday, October 20, 2009

Personal: Alhamdulillah..

Semalam merupakan hari yang agak bersejarah..Banyak musibah menimpa bukan kepada kawanku sahaja tapi aku pun turut merasa gak..
Nak dijadikan cerita Dahlan semalam kemalangan selepas kelas DE..Tapi nasib baek takde ape2..cuma cedera kat bahagian tepi abdomen..
Cerita ak lak..lepas jer dengar kemalangan aku rasa tak sedap hati jer..Ntah ler..mungkin dikurniakan sixth sense..dan jangkaan ak hari tu menjadi kenyataan jugak..
Aku terlibat dalam kemalangan jugak tapi alhamdulillah takde ape2..tapi kemalangan tu menginsafkan aku agar lebih berhati2 lepas ni...
Moral of the story: Jangan bawak keta/motor laju2 dalam UTP..Bahaya..